November 11th, 2011

Mengejar Sempurna

Nasyid ini direka oleh kumpulan Demascus. Demascus ini adalah kumpulan nasyid tanah air yang boleh dikatakan agak baru juga la dalam industri nasyid malaysia. Yang bestnya, semua mereka adalah senior2 saya di Multimedia University. Kagumnya, mereka adalah orang kuat Institusi Usrah, malah ada antara mereka adalah presiden dan naib presiden institusi ini sendiri. Nasyid ini dikatakan dicipta bagi mengembalikan memori mereka terhadap Institusi Usrah, kelab unik yang hanya ada di Multimedia University sahaja. So far, Institusi Usrah masa zaman diorang jauh lebih bagus dari zaman sekarang, walaupun saya tidak sempat merasainya. So, diorang abadikan pengalaman dan perasaan mereka agar menjadi suntikan kepada kami generasi baru, melalui nasyid ini.. Hayatilah.. :D
Demascus - Mengejar Sempurna
Song : Huzaifah / Akmal Mirwana
Lyrics: Edry Faizal / Ikram Mirwana 

Alam kaku bagai diwarnakan
Putih hitam kelabu
Hingga tiba terbitnya mentari
Yang dihias pelangi
Melengkapi sebuah perjalanan
Kau dan aku bersamanya, seiringan

(chorus)
Berlari ke impian
Terbang ke puncak awan
Andai jatuh tersimpuh
Lantas kau hulur tangan
Bersama kita bangun
Teruskan kehidupan

Mengejarkan sempurna
Hingga capai angkasa
Namun kan hilang makna
Andainya kau tiada
Walau derasnya masa
Segalanya takkan berubah

(bridge)
Zahirnya ketetapan
Pasti akan ada pasang, pasti akan ada surutnya
Kala kita teruji, disitulah letak nya erti
Erti sebuah kesetiaan

(chorus)
Permalink Diari, Umum No Comments »
August 26th, 2011

Agar Cintaku, Tak Tercemar

Cinta tidak buta,
tapi jika cinta tidak dilihat dari kaca mata Allah,
syaitan yang akan membutakan mata kita

~ Prof Dato Dr Abu Azam

Permalink Diari No Comments »
August 23rd, 2011

Kembara Ramadhan

Alhamdulillah,

Bersyukur kepada Allah swt, telah menjayakan tamrin 1 yg dianjurkan oleh Institusi Usrah. Program yg dinamakan Kembara Ramadhan ini diadakan di MATRI, Perlis pada 19-21 Ogos 2011.

Pada awal2 perancangan, semuanya berjalan dengan lancar sehingga hampir tiada langsung masalah yang dihadapi. Namun makin dekat dengan hari program, makin banyak ujian yang mendatang. Bermula dengan jumlah peserta yang makin hari makin sedikit, sehinggalah kepada pertembungan beberapa program di MATRI pada hari tersebut. Walaupun program hampir dibatalkan, namun dengan beberapa nasihat dan pengalaman sahabat2, saya bertekad mahu meneruskan juga. Biarlah sedikit, itu adalah ketentuan Allah swt. Siapalah kita untuk menentukan berapa ramai peserta yang kita mahu.

Perjalanan selama 7 jam tersebut, dari Cyberjaya ke Perlis ditempuh dengan 1 van MMU dan 1 estima kepunyaan Pak Cik Taib, dan disertai oleh 9 peserta muslimin, 5 peserta muslimat dan 2 pemandu terlatih, Abg Suhairi dan Wak. Rasanya sikit je lagi Tony Fernandes nak beli van dan estima tu sbg aset Air Asia, sbb kelajuannya yang luar biasa. :D

Sampai di sana pada hari sabtu pukul 4 pagi dan disambut oleh saudara Mutaal dan Suhaib. (ada sorg lg sahabat politeknik, saya lupa nama dia. Maaf. :P ). Untuk muslimin, plan makin lari. Mula2 saya agak sikit je yang tidur atas Musolla. Namun pada malam tersebut, musollah penuh dengan orang, dan kami terpaksa berkampung di lobi MATRI, walaupun agak sejuk. Untuk muslimat, disediakan rumah saudara Mahmud bersebelahan dengan asrama puteri.

Hari pertama, kami bersahur dengan koey teow masalah mak cik ani. Muslimat tak sempat menjamah sebab datang ‘awal’ sgt. Setelah solat subuh dan dengar tazkirah daripada ustaz Hadi, kami berkumpul di lobi untuk slot yang pertama. Slot ini disampaikan oleh cikgu Azmi Bahari dan pengisiannya adalah berkaitan Ramadhan Kareem.

Oleh kerana perjalanan yang telah mencuri masa tidur dan lari dari tentatif program, saya benarkan rehat yang sangat lama. Kali ni muslimin berehat dan Taski.

Selepas asar, kami bergerak memenuhi jemputan cikgu Nasir Salleh untuk berbuka di rumah beliau. Seusai tiba di sana, kami dijemput baik oleh keluarga tuan rumah, terutamanya Hilmi Mahmud. Slot 2 diadakan sebelum berbuka. Tajun berkaitan asal-usul kejadian manusia dan tujuan kedatangannya. Disampai oleh cikgu Nasir dalam keadaan santai dan berkesan.

Setelah selesai solat maghrib berjemaah dan makan malam, kami mula bergerak ke MATRI untuk solat terawikh di sana.

Malamnya kami punyai LDK di Maktabah MATRI. Diketuai oleh saudara Mutaal. Tajuk LDK lebih kepada Waq Islami. Kami adakan perbincangan yang sangat lama bagi menjelaskan perkara2 penting yang perlu ada bagi seorang muslim.

Setelah LDK tamat, kami bergerak ke destinasi tidur masing-masing. Seperti biasa, muslimin jadi pelarian sedikit. Oleh kerana taski ditempah orang lain pada waktu malam, kami tidur di dewan chalet pak cik Rasyid.

Pada hari ahad, program bersambung dengan slot 3 oleh Ustaz Akram pada pukul 7 pagi. Slot 3 lebih kepada pembentukan Usrah yang berkesan. Tanpa sebarang rehat kami terus sambung dengan kuliah Dhuha di Masjid Behor Pulai pada pukul 8.30 pagi. Makin ramai peserta yang syahid. Pada pukul 10.10 pagi, kami terus adakan sesi penutup di masjid Behor Pulai sendiri.

Selepas Zohor, kami terus bergerak ke Padang Besar. Bersempena dengan Hari Lahir akhi Afif, kami pakat2 belikan hadiah untuk diri beliau. Semoga bermanfaat kepada beliau. Semoga Afif terus sukses dunia dan akhirat. Cikgu Nasir pun kata dia orang berwibawa. hehe. Petang tersebut, kami mula bergerak pulang.

Kami singgah berbuka puasa di rumah saya di Tanjung Putus, Pulau Pinang. Umi dah bungkus dah semua makanan siap2 sbb mula2 plan nk singgah awal. :D

Kami sampai di MMU tepat pada pukul 12.55am. Semua terus kembali ke destinasi masing2 dan terus terlentang menunggu esok hari.

Semoga tamrin kali ini memberi impak kepada diri kita, melembutkan hati kita dan sbg boost perjalanan kita menuju Allah swt.

Thanks to all participant

Muslimin: Megat, Amirul, Hafizuddin, Faiezwan, Afif, Luqman, Abg Zack, Abg Asrool

Muslimat: Ety, Nasuha, Ain, Adilah, Fathini

**************************************

pertemuan telah ditakdir kan..
antara kita tidak pernah dirancang..
mana latar takdir hendak dilawan..
semua nya ketentuan tuhan..

wahai sahabat semat kan semua kenangan..
yang telah bersama-sama kita lalui..
suka dan duka memburu impian..
moga teguh nya ikatan ini..

sahabat yang amat ku kasihi..
susah sengan kau disamping ku..
kehadiran dikau disisi..
mengubat sepi dihatiku..

wahai sahabat semat kan semua kenangan..
yang telah sama-sama kita lalui..
suka dan duka memburu impian..
moga teguh nya ikatan ini..

sahabat yang amat ku cintai..
susah senang kau disamping ku..
walau kini hilang dimasa..
namun kau tetap dihatiku..

sahabat bertuah nya ku rasa mendapat teman seperti mu..
membimbing dan menasihati ku..
hanya satu dalam beribu…ohhh..

sahabat yang amat ku cintai..
susah senang kau disamping ku..
walau kini hilang dimasa..
namun kau tetap dihati ku..

namun kini hanya lah tinggal kenangan..
pertemuan kita dilaman perpisahan..
kemersaan bermegah diakhir perkenalan..
sayu menitis kan air mata ku..

Permalink Diari 2 Comments »
August 23rd, 2011

Monoblog

Blog monolog lamaku dahulu telah diupload kembali. Alhamdulillah ada buat backup, so semua data2 lama masih selamat. Berbezanya monoblog dan blog utama ini adalah, monoblog saya jadikan tempat untuk mengkoreksi diri saya sendiri, bermuhasabah dan sebagai catatan tentang diri saya yang saya boleh rujuk pada kemudian hari, manakala blog utama ini adalah untuk bacaan dan tatapan umum. Pautan ke monoblog ada di sidebar sebelah.

Permalink Diari No Comments »
July 11th, 2011

[Facebook] Sort people by Mutual Friend and Unfriend Finder

Kalau anda perasan, facebook mempunyai sistem friend suggestion yang sangat canggih. Ruangan People you may know selalu muncul di mana-mana sahaja, dan apa yang bestnya, kebanyakan people yang disuggest tu semuanya kita kenal.

Cuma facebook paparkan hanya beberapa orang sahaja untuk mengekalkan konsep simple and clean. Untuk melihat kesemua rakan yang mungkin anda kenal, anda boleh klik pada link See all.

Namun, facebook tidak sediakan function untuk sort by mutual friend sedangkan feature ini yang paling kita yakin. Ramai mutual friend ertinya dia juga mungkin rakan kita. Maka anda sukar untuk lihat siapa yang betul-betul rakan anda.

Sekiranya anda scroll ke bawah, facebook akan paparkan lebih ramai orang. Kadang-kadang orang yang di bawah lebih ramai mutual friend dengan kita berbanding di atas.

Read the rest of this entry »

Permalink Uncategorized 1 Comment »
May 19th, 2011

Install Joomla! 1.5 ke dalam localhost

Assalamualaikum wbt.

2nd video ttg pemasangan joomla!

Masih teruk rakaman. In future akan diperbaharui lg. >.<

Sekian.

Wassalam

Permalink Uncategorized 1 Comment »
May 16th, 2011

Microsoft Imagine Cup 2011- YHA MMU

Imagine Cup 2011 Logo

Assalamualaikum wbt.

Beberapa minggu lalu saya terlibat dengan Microsoft Imagine Cup yang dianjurkan oleh Microsoft dengan kerjasama daripada MSC. Alhamdulillah peluang yang sangat susah untuk dikecap. Terdapat beberapa pengalaman berharga yang dapat saya lalui.

Sebenarnya saya pun tak pernah terfikir nak join Imagine Cup nih. Habis, macam mana boleh ada muka saya di booth MMU tu? Hah, itu yang dikatakan peluang emas. Kalau diikutkan, saya tak berapa minat develop Microsoft nye product (terutamanya web aspx). Bukan saya boikot Microsoft, kalau tak, tak de la saya guna Windows 7 original ni. All about interest. Semoga interest tu datang bila-bila nanti,

Berbalik kepada cerita, orang yang menjadi wakil MMU tersebut adalah rakan sekumpulan saya dalam Mini Project. Dia memang seorang yang sangat rajin, mesra dan pandai. Huh, mencurah-curah idea dia nak buat. Projek yang diguna dalam Imagine Cup ni pun semuanya dia yang buat. Nama beliau adalah Yernar Amirgaly, pelajar Kazakhstan. Bersama beliau dalam kumpulan ini adalah Akarys, dan Hassan (Kazakh dan Malay).

Namun kerana kekurangan pelajar local dalam kumpulan ini, maka di situlah titik di mana saya dijemput sertai. Huh, jadi bidan terjun la kiranya. Sewaktu saya masuk, semua kerja-kerja dah siap. Tunggu masa je nak present projek tu. Nama kumpulan pun dah submit. Sebab tu nama kumpulan kami YHA (Yernar, Hassan, Akarys), bknnya YHAF. >.<

Alhamdulillah daripada ramai-ramai peserta yang sertai di seluruh Malaysia, YHA terpilih untuk berada dalam 30 kumpulan yang masuk ke peringkat final Malaysia. Tahniah kepada mereka. Saya support belakang je. :D

Peringkat final ini diadakan di Kuching Sarawak. Selain tiket penerbangan (silap beli AirAsia, MAS bg sponsor utk peserta), semuanya disponsor penuh oleh pihak penaja (mostly by Microsoft). Inilah pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Sarawak. Baru saya tahu, walaupun orang Malaysia tapi kalau masuk ke Sarawak, ada limit 90 hari sahaja. Huh.

Penginapan kami adalah di Hotel Margherita dan lokasi pertandingan adalah di Hotel Pullman. Jarak antara keduanya adalah 10 minit berjalan kaki. Banyak sungguh kumpulan yang hebat-hebat idea mereka. Kagum sebentar. Simpan hasrat untuk menjadi hebat seperti mereka, tapi, hurm.. mungkin berbeza platform. :D

Semasa briefing, baru saya sedari. Chairman Microsoft Imagine Cup ini rupa-rupanya adalah Prof Yusof Hassan. Walaupun dah banyak kali masuk berita, saya tak berapa ambil berat pun pasal Imagine Cup nih. huhu. Tapi susah nak berjumpa, dikelilingi orang berjawat tinggi. Tak pe, tengok dari jauh sahaja lah.

Sosialnya sangat pekat. Malam sebelum pertandingan adalah slot Datin Hajah Fatimah Abdullah, Menteri di Jabatan Menteri Sarawak. Ketika penyampaian hadiah kepada semua peserta, saya berjaya mengelak daripada bersalam dengan beliau. Huh, tapi bila fikir balik macam kurang sopan je cara saya mengelak. Perlu belajar lagi macam mana nak mengelak dengan lebih sopan. :D

Esoknya tibalah saatnya semua 30 kumpulan membentangkan projek masing2 utk merebut 6 calon ke separuh akhir dan seterusnya 3 ke final. Hanya 1 akan dipilih mewakili Malaysia. Sabarlah Yernar, idea kamu bagus, tapi belum cukup hebat nak kalahkan projek 3 tahun pemenang. hehe. Tahniahlah kepada kumpulan CyberKnight dengan Projek Health3. Waktu ni tetiba je rasa macam nak masuk lagi tahun depan. Nak masuk dengan team sendiri, projek sendiri. Hehe, tengoklah kalau rajin.

Lecturer (Mr Ho) nak pujuk kumpulan kami yang kecundang, dia bawa la jalan2 sikit sekitar kuching, pastu belanja makan ais kacang. Dia memang orang situ, cukup cekap bawa kereta. First time masuk directly ke gerai makan orang Cina. Ok kut, suma makanan ok. Alhamdulillah Mr Ho faham suasana sekeliling. Banyak cerita dikongsi. Dari cerita masyarakat Cina, Bumiputera di Sarawak sampailah ke cerita suasana di Kazakhstan. Cukup mesra mereka, siap jemput ke Kazakhstan lagi kalau cuti panjang. Hehe. Nantilah, tunggu dah mampu.

Last sekali sebelum terbang pulang, penganjur ada buat lawatan ke Sarawak Cultural Village. Cukup banyak budaya asli yang ditontonkan. Bagi Yernar dan Akarys, masa tak cukup untuk pusing semua kawasan tu, lubang2 rahsia pun suma dah masuk. Hehe, lain kali datang bumi Sarawak. Kat sini jumpa Kak Safiyah, anak Prof Yusof Hassan. Sempat la bertegur sapa kejap.

Saat dok gembira tu, Allah uji dengan beberapa peristiwa masa pulang. Di Airport LCCT, Yernar tertinggal satu beg. Di dlm ERL, Akarys plak tertinggal satu beg. Apa isi beg tu? Medal, Sijil, Alatan projek. Suma lesap. Pulang ke MMU tanpa kesan Imagine Cup. Sedih. >.<. X pe lah, kalau saya nak sedih, Yernar, Akarys dan Hassan perlu lebih sedih sbb generally projek ni semua mereka yang punya. :D . Saya doakan anda jumpa semula barang-barang tu. Semoga Allah permudahkan.

Semoga Ukhwah kita terus berkekalan merentasi masa dah sempadan negara. :D

Permalink Diari, Umum 1 Comment »
April 16th, 2011

Muhasabah Myself

Rasa pelik malam ini.

Malam ini saya buka semula blog lama saya.
Malam ini saya buka semula semua email2 lama saya.
Malam ini saya buka semula gambar2 lama saya.

Semuanya sudah melebihi 2 tahun saya tinggalkan.
1 jam saya membelek.

Saya terjumpa artikel lama saya disalin orang.
Saya terjumpa email lama saya diforward orang.
Saya terjumpa design gambar lama saya dicopy orang.

Muhasabah sebentar. Mencuba utk bandingkan diri saya sendiri pada zaman itu dengan zaman sekarang.

Huh, transformasi yang sgt2 ketara telah berlaku pada diri saya sedikit demi sedikit tanpa disedari ~ Pening ~

Hostel MMU

1.00am

Permalink Uncategorized No Comments »
April 13th, 2011

Geek Shirts

Assalamualaikum wbt dan selamat datang.

Terima kasih kerana telah membuka website ini. Anda mungkin terjumpa post ini di facebook, google, rakan-rakan, atau mendapat email daripada saya. Sekiranya anda menerima email promosi baju ini, tetapi tidak kenal saya, tidak mengapa. Mungkin anda adalah rakan kepada rakan saya. Kenapa? hehe, kerana saya mengutip email-email yang ada dalam email saya yg diforward kepada ramai orang. Mungkin email anda termasuk sekali. Apa-apapun, bacalah sehingga habis. :D

Kali ini saya tidak meletakkan apa-apa tutorial. Cuma mahu promosikan t shirt yang saya dan member saya design. Tema baju adalah Geeks. Apa tu? Geeks adalah istilah yang diberi kepada pakar komputer dan gadget. Tak kisahlah dalam bidang apa sekalipun. Tema ni dipilih kerana pada zaman sekarang, golongan geeks makin bertambah dengan mendadak. Design pun kami pastikan tidak keterlaluan supaya middle user macam saya dan korang yang tak berapa pakar komputer pun sesuai untuk pakai. hehe.. :D

Oklah, berikut adalah 6 design yang kami cipta untuk musim pertama. Klik gambar untuk lihat dalam saiz besar.

1. PHP (Pretty Hot Programmer)

Color: White / Black

Pretty Hot Programmer

PHP Black

2. Gaming Lifestyle

Color: Blue/ Grey

Gaming Lifestyle

Gaming Lifestyle

3. Understand Binary and Don’t

Color: White / Black

Understand Binary and Dont

Understand Binary and Dont

4. Just Not User Friendly

Color: White / Orange

Just Not User Friendly

Just Not User Friendly

5. Follow me pleeeease!

Color: White / Yellow

Follow Me Please

Follow Me Please

6. Web 2.0 Technology

Color: Brown / Cyan

Web 2.0

Web 2.0

Front Design (Zoom in)

Web 2.0 Zoom


Tarikh tutup tempahan adalah pada 30 May 2011 atau setelah cukup 50 tempahan (ikut mana satu cecah dahulu). Penghantaran percuma untuk penghuni MMU Cyberjaya shj. Bagi penduduk di tempat lain, kos penghantaran akan dikenakan mengikut kadar yang diguna oleh Pos Laju Malaysia. Penghantaran baju akan dimulakan pada 15 Jun 2011.

Baju adalah berharga RM 30 / helai. Tempahan melebihi 3 helai akan mendapat harga RM20 untuk helaian ketiga dan keatas.

Sekiranya anda berminat, sila hantar email ke ukhwah_fillah90 [@] yahoo.co.uk butiran-butiran berikut:

  1. Nama
  2. Email
  3. Phone
  4. Alamat
  5. Design yang diingini
  6. Warna
  7. Saiz

Maklumat lanjut mengenai pembayaran dan penghantaran akan dihantar ke email anda.


Maklumat Terperinci Baju:
SAIZ LELAKI:
Lebar A x Panjang B
(Ukuran dalam inci)

  • SAIZ XS = 17″ x 25″
  • SAIZ S = 18.5″ x 26″
  • SAIZ M = 20″ x 27″
  • SAIZ L = 21″ x 28″
  • SAIZ XL = 22″ x 29″
  • SAIZ XXL = 23″ x 30″

SAIZ PEREMPUAN:
Lebar A x Panjang B
(Ukuran dalam inci)

  • SAIZ S = 16″ x 23″
  • SAIZ M = 17″ x 24″
  • SAIZ L = 18″ x 24.5″
  • SAIZ XL = 19″ x 25″

KUALITI

  • 100% Cotton Preshrunk Ring Spun Jersey Knit (some colours contain polyester)
  • 150 g/m2 (4.5 oz per sq yd)
  • 3/4 cm rib knit collar
  • Deluxe 30’s ring spun softness
  • Double needle collar
  • Taped neck and shoulders
  • Double needle sleeves and bottom hem
  • Soft style 6400L for ladies
  • 100% Cotton Preshrunk Ring Spun Jersey Knit
  • (some colours contain polyester)
  • 150 g/m2 (4.5 oz per sq yd)
  • 3/4 cm rib knit collar
  • Deluxe 30’s ring spun softness
  • Side seam feminine shaped fit
  • Double needle collar
  • Taped neck and shoulders
  • Double needle sleeves and bottom hem

Terima Kasih
Ahmad Faiz

* Tunggukan design baju musim kedua

Permalink Umum No Comments »
March 15th, 2011

Brothers Camp Institusi Usrah

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini, saya dan rakan-rakan dari Institusi Usrah telah selamat menjalani perkhemahan Brothers Camp di Hutan Lipur Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan. Walaupun pada mulanya agak terkilan kerana ramai yang batalkan penyertaan di saat-saat akhir, tp rupa-rupanya banyak hikmah di sebalik semua yang Allah takdirkan. Benarlah Allah sebaik-baik perancang, kita hanya perlu bersangka baik.

Saya hanya bertindak as Assistant Director membantu sahabat saya Hilmi Ismail sebagai Director. Antara program yang kami rancang adalah Caving dan Night Walk. Secara jujurnya, bagi saya dan Hilmi, ini adalah pengalaman pertama kami berCaving. Begitu juga dengan peserta-peserta yang lain. Subhanallah, memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Macam nak pegi je lagi tiap-tiap sem.. hehe.. :D

Malamnya kami meneruskan aktiviti dengan Night Walk. Sebelum bermula, semua peserta membaca doa terlebih dahulu mengharapkan perlindungan dari Allah daripada sebarang malapetaka. Saya akui, mmg agak extreme Night Walk kali ini. Kalau la semua peserta bawa torchlight sekalipun, trekking ini tetap susah, apatah lg brapa org je yg ada torchlight. Mmg mencabar. Waktu tu memang bergantung kepada Allah sepenuhnya. Abg Jo sebagai jurupandu, telah mengajar kami banyak perkara termasuklah apa yang perlu dibuat sekiranya tersesat di dalam hutan. Memang terbaik la..

Terima kasih kepada semua yang datang. Semoga berjumpa lagi dalam kem yang mendatang. Saya hadiahkan sebuah video sbg tanda kenangan kepada kita semua. Semoga Ukhwah yang terbina sepanjang program akan terus berkekalan sehingga ke akhir usia.

Permalink Diari No Comments »