[Facebook] Sort people by Mutual Friend and Unfriend Finder
Kalau anda perasan, facebook mempunyai sistem friend suggestion yang sangat canggih. Ruangan People you may know selalu muncul di mana-mana sahaja, dan apa yang bestnya, kebanyakan people yang disuggest tu semuanya kita kenal.
Cuma facebook paparkan hanya beberapa orang sahaja untuk mengekalkan konsep simple and clean. Untuk melihat kesemua rakan yang mungkin anda kenal, anda boleh klik pada link See all.
Namun, facebook tidak sediakan function untuk sort by mutual friend sedangkan feature ini yang paling kita yakin. Ramai mutual friend ertinya dia juga mungkin rakan kita. Maka anda sukar untuk lihat siapa yang betul-betul rakan anda.
Sekiranya anda scroll ke bawah, facebook akan paparkan lebih ramai orang. Kadang-kadang orang yang di bawah lebih ramai mutual friend dengan kita berbanding di atas.
Klik gambar untuk besarkan.
Saya akan tunjukkan macam mana nak cipta satu button untuk sort friend by mutual friend. Ini bukanlah hacking tutorial, cuma saya akan gunakan sedikit bantuan javascript.
Script ini boleh diguna pada kedua-dua browser firefox dan chrome.
1. Install script ke Firefox Browser
Pertama sekali anda perlu install Greasemonkey plugin untuk Firefox. Greasemonkey ni akan jadi pengurus kepada kesemua plugin javascript untuk firefox anda.
Selepas install greasemonkey, download fail javascript sortby.user.js di SINI.Tetingkap Greasemonkey akan keluar (beserta notification kecil di bucu kanan bawah) dan minta pengesahan daripada anda untuk install plugin javascript ini. Klik install.
Selepas anda klik install, akan keluar lg notification mengatakan bahawa pemasangan plugin telah berjaya. Selesai.
2. Install script ke Google Chrome Browser.
Pasang script ini pada google chrome sangat mudah kerana extension manager chrome juga dapat mengurus plugin javascript tanpa bantuan mana-mana 3rd party extension yang lain. Just download fail javascript yang sama di SINI. Chrome akan minta pengesahan untuk mendownload fail javascript. Klik Continue dan Chrome akan minta pengesahan sekali lagi untuk install. Klik install. Selesai.
Masuk semula ke Facebook dan klik pada See All pada ruangan People you may know. Ataupun terus klik di sini (http://www.facebook.com/find-friends/browser).
Refresh page sekiranya perlu. Anda dapat melihat satu button muncul betul-betul di bawah Hometown. Klik button tersebut dan Facebook akan sort people berdasarkan jumlah mutual friendnya dengan anda.
Source code sortby.user.js
Selesai Sort people by Mutual Friend. Kini ada satu lagi javascript untuk facebook juga. Saya rasa amat berguna. Unfriend Finder. Script ni untuk detect siapa rakan anda yang unfriend dengan anda. Malah ada juga feature untuk track semula orang yang anda request friend kepada mereka. Sama juga cara install dia. Download di SINI. Selamat mencuba.








Nice tutorial! Bila nak review Joomla Day 2011? Ingin tahu juga pandangan anda.