Kembara Ramadhan
Alhamdulillah,
Bersyukur kepada Allah swt, telah menjayakan tamrin 1 yg dianjurkan oleh Institusi Usrah. Program yg dinamakan Kembara Ramadhan ini diadakan di MATRI, Perlis pada 19-21 Ogos 2011.
Pada awal2 perancangan, semuanya berjalan dengan lancar sehingga hampir tiada langsung masalah yang dihadapi. Namun makin dekat dengan hari program, makin banyak ujian yang mendatang. Bermula dengan jumlah peserta yang makin hari makin sedikit, sehinggalah kepada pertembungan beberapa program di MATRI pada hari tersebut. Walaupun program hampir dibatalkan, namun dengan beberapa nasihat dan pengalaman sahabat2, saya bertekad mahu meneruskan juga. Biarlah sedikit, itu adalah ketentuan Allah swt. Siapalah kita untuk menentukan berapa ramai peserta yang kita mahu.
Perjalanan selama 7 jam tersebut, dari Cyberjaya ke Perlis ditempuh dengan 1 van MMU dan 1 estima kepunyaan Pak Cik Taib, dan disertai oleh 9 peserta muslimin, 5 peserta muslimat dan 2 pemandu terlatih, Abg Suhairi dan Wak. Rasanya sikit je lagi Tony Fernandes nak beli van dan estima tu sbg aset Air Asia, sbb kelajuannya yang luar biasa.
Sampai di sana pada hari sabtu pukul 4 pagi dan disambut oleh saudara Mutaal dan Suhaib. (ada sorg lg sahabat politeknik, saya lupa nama dia. Maaf.
). Untuk muslimin, plan makin lari. Mula2 saya agak sikit je yang tidur atas Musolla. Namun pada malam tersebut, musollah penuh dengan orang, dan kami terpaksa berkampung di lobi MATRI, walaupun agak sejuk. Untuk muslimat, disediakan rumah saudara Mahmud bersebelahan dengan asrama puteri.
Hari pertama, kami bersahur dengan koey teow masalah mak cik ani. Muslimat tak sempat menjamah sebab datang ‘awal’ sgt. Setelah solat subuh dan dengar tazkirah daripada ustaz Hadi, kami berkumpul di lobi untuk slot yang pertama. Slot ini disampaikan oleh cikgu Azmi Bahari dan pengisiannya adalah berkaitan Ramadhan Kareem.
Oleh kerana perjalanan yang telah mencuri masa tidur dan lari dari tentatif program, saya benarkan rehat yang sangat lama. Kali ni muslimin berehat dan Taski.
Selepas asar, kami bergerak memenuhi jemputan cikgu Nasir Salleh untuk berbuka di rumah beliau. Seusai tiba di sana, kami dijemput baik oleh keluarga tuan rumah, terutamanya Hilmi Mahmud. Slot 2 diadakan sebelum berbuka. Tajun berkaitan asal-usul kejadian manusia dan tujuan kedatangannya. Disampai oleh cikgu Nasir dalam keadaan santai dan berkesan.
Setelah selesai solat maghrib berjemaah dan makan malam, kami mula bergerak ke MATRI untuk solat terawikh di sana.
Malamnya kami punyai LDK di Maktabah MATRI. Diketuai oleh saudara Mutaal. Tajuk LDK lebih kepada Waq Islami. Kami adakan perbincangan yang sangat lama bagi menjelaskan perkara2 penting yang perlu ada bagi seorang muslim.
Setelah LDK tamat, kami bergerak ke destinasi tidur masing-masing. Seperti biasa, muslimin jadi pelarian sedikit. Oleh kerana taski ditempah orang lain pada waktu malam, kami tidur di dewan chalet pak cik Rasyid.
Pada hari ahad, program bersambung dengan slot 3 oleh Ustaz Akram pada pukul 7 pagi. Slot 3 lebih kepada pembentukan Usrah yang berkesan. Tanpa sebarang rehat kami terus sambung dengan kuliah Dhuha di Masjid Behor Pulai pada pukul 8.30 pagi. Makin ramai peserta yang syahid. Pada pukul 10.10 pagi, kami terus adakan sesi penutup di masjid Behor Pulai sendiri.
Selepas Zohor, kami terus bergerak ke Padang Besar. Bersempena dengan Hari Lahir akhi Afif, kami pakat2 belikan hadiah untuk diri beliau. Semoga bermanfaat kepada beliau. Semoga Afif terus sukses dunia dan akhirat. Cikgu Nasir pun kata dia orang berwibawa. hehe. Petang tersebut, kami mula bergerak pulang.
Kami singgah berbuka puasa di rumah saya di Tanjung Putus, Pulau Pinang. Umi dah bungkus dah semua makanan siap2 sbb mula2 plan nk singgah awal.
Kami sampai di MMU tepat pada pukul 12.55am. Semua terus kembali ke destinasi masing2 dan terus terlentang menunggu esok hari.
Semoga tamrin kali ini memberi impak kepada diri kita, melembutkan hati kita dan sbg boost perjalanan kita menuju Allah swt.
Thanks to all participant
Muslimin: Megat, Amirul, Hafizuddin, Faiezwan, Afif, Luqman, Abg Zack, Abg Asrool
Muslimat: Ety, Nasuha, Ain, Adilah, Fathini
**************************************
pertemuan telah ditakdir kan..
antara kita tidak pernah dirancang..
mana latar takdir hendak dilawan..
semua nya ketentuan tuhan..
wahai sahabat semat kan semua kenangan..
yang telah bersama-sama kita lalui..
suka dan duka memburu impian..
moga teguh nya ikatan ini..
sahabat yang amat ku kasihi..
susah sengan kau disamping ku..
kehadiran dikau disisi..
mengubat sepi dihatiku..
wahai sahabat semat kan semua kenangan..
yang telah sama-sama kita lalui..
suka dan duka memburu impian..
moga teguh nya ikatan ini..
sahabat yang amat ku cintai..
susah senang kau disamping ku..
walau kini hilang dimasa..
namun kau tetap dihatiku..
sahabat bertuah nya ku rasa mendapat teman seperti mu..
membimbing dan menasihati ku..
hanya satu dalam beribu…ohhh..
sahabat yang amat ku cintai..
susah senang kau disamping ku..
walau kini hilang dimasa..
namun kau tetap dihati ku..
namun kini hanya lah tinggal kenangan..
pertemuan kita dilaman perpisahan..
kemersaan bermegah diakhir perkenalan..
sayu menitis kan air mata ku..




pengisian semua mcm best! tahniah sebab teruskan event
bukan senang tu~
ye best, rugi la orang tu tak join..