November 11th, 2011

Mengejar Sempurna

Nasyid ini direka oleh kumpulan Demascus. Demascus ini adalah kumpulan nasyid tanah air yang boleh dikatakan agak baru juga la dalam industri nasyid malaysia. Yang bestnya, semua mereka adalah senior2 saya di Multimedia University. Kagumnya, mereka adalah orang kuat Institusi Usrah, malah ada antara mereka adalah presiden dan naib presiden institusi ini sendiri. Nasyid ini dikatakan dicipta bagi mengembalikan memori mereka terhadap Institusi Usrah, kelab unik yang hanya ada di Multimedia University sahaja. So far, Institusi Usrah masa zaman diorang jauh lebih bagus dari zaman sekarang, walaupun saya tidak sempat merasainya. So, diorang abadikan pengalaman dan perasaan mereka agar menjadi suntikan kepada kami generasi baru, melalui nasyid ini.. Hayatilah.. :D
Demascus - Mengejar Sempurna
Song : Huzaifah / Akmal Mirwana
Lyrics: Edry Faizal / Ikram Mirwana 

Alam kaku bagai diwarnakan
Putih hitam kelabu
Hingga tiba terbitnya mentari
Yang dihias pelangi
Melengkapi sebuah perjalanan
Kau dan aku bersamanya, seiringan

(chorus)
Berlari ke impian
Terbang ke puncak awan
Andai jatuh tersimpuh
Lantas kau hulur tangan
Bersama kita bangun
Teruskan kehidupan

Mengejarkan sempurna
Hingga capai angkasa
Namun kan hilang makna
Andainya kau tiada
Walau derasnya masa
Segalanya takkan berubah

(bridge)
Zahirnya ketetapan
Pasti akan ada pasang, pasti akan ada surutnya
Kala kita teruji, disitulah letak nya erti
Erti sebuah kesetiaan

(chorus)