May 16th, 2011

Microsoft Imagine Cup 2011- YHA MMU

Imagine Cup 2011 Logo

Assalamualaikum wbt.

Beberapa minggu lalu saya terlibat dengan Microsoft Imagine Cup yang dianjurkan oleh Microsoft dengan kerjasama daripada MSC. Alhamdulillah peluang yang sangat susah untuk dikecap. Terdapat beberapa pengalaman berharga yang dapat saya lalui.

Sebenarnya saya pun tak pernah terfikir nak join Imagine Cup nih. Habis, macam mana boleh ada muka saya di booth MMU tu? Hah, itu yang dikatakan peluang emas. Kalau diikutkan, saya tak berapa minat develop Microsoft nye product (terutamanya web aspx). Bukan saya boikot Microsoft, kalau tak, tak de la saya guna Windows 7 original ni. All about interest. Semoga interest tu datang bila-bila nanti,

Berbalik kepada cerita, orang yang menjadi wakil MMU tersebut adalah rakan sekumpulan saya dalam Mini Project. Dia memang seorang yang sangat rajin, mesra dan pandai. Huh, mencurah-curah idea dia nak buat. Projek yang diguna dalam Imagine Cup ni pun semuanya dia yang buat. Nama beliau adalah Yernar Amirgaly, pelajar Kazakhstan. Bersama beliau dalam kumpulan ini adalah Akarys, dan Hassan (Kazakh dan Malay).

Namun kerana kekurangan pelajar local dalam kumpulan ini, maka di situlah titik di mana saya dijemput sertai. Huh, jadi bidan terjun la kiranya. Sewaktu saya masuk, semua kerja-kerja dah siap. Tunggu masa je nak present projek tu. Nama kumpulan pun dah submit. Sebab tu nama kumpulan kami YHA (Yernar, Hassan, Akarys), bknnya YHAF. >.<

Alhamdulillah daripada ramai-ramai peserta yang sertai di seluruh Malaysia, YHA terpilih untuk berada dalam 30 kumpulan yang masuk ke peringkat final Malaysia. Tahniah kepada mereka. Saya support belakang je. :D

Peringkat final ini diadakan di Kuching Sarawak. Selain tiket penerbangan (silap beli AirAsia, MAS bg sponsor utk peserta), semuanya disponsor penuh oleh pihak penaja (mostly by Microsoft). Inilah pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Sarawak. Baru saya tahu, walaupun orang Malaysia tapi kalau masuk ke Sarawak, ada limit 90 hari sahaja. Huh.

Penginapan kami adalah di Hotel Margherita dan lokasi pertandingan adalah di Hotel Pullman. Jarak antara keduanya adalah 10 minit berjalan kaki. Banyak sungguh kumpulan yang hebat-hebat idea mereka. Kagum sebentar. Simpan hasrat untuk menjadi hebat seperti mereka, tapi, hurm.. mungkin berbeza platform. :D

Semasa briefing, baru saya sedari. Chairman Microsoft Imagine Cup ini rupa-rupanya adalah Prof Yusof Hassan. Walaupun dah banyak kali masuk berita, saya tak berapa ambil berat pun pasal Imagine Cup nih. huhu. Tapi susah nak berjumpa, dikelilingi orang berjawat tinggi. Tak pe, tengok dari jauh sahaja lah.

Sosialnya sangat pekat. Malam sebelum pertandingan adalah slot Datin Hajah Fatimah Abdullah, Menteri di Jabatan Menteri Sarawak. Ketika penyampaian hadiah kepada semua peserta, saya berjaya mengelak daripada bersalam dengan beliau. Huh, tapi bila fikir balik macam kurang sopan je cara saya mengelak. Perlu belajar lagi macam mana nak mengelak dengan lebih sopan. :D

Esoknya tibalah saatnya semua 30 kumpulan membentangkan projek masing2 utk merebut 6 calon ke separuh akhir dan seterusnya 3 ke final. Hanya 1 akan dipilih mewakili Malaysia. Sabarlah Yernar, idea kamu bagus, tapi belum cukup hebat nak kalahkan projek 3 tahun pemenang. hehe. Tahniahlah kepada kumpulan CyberKnight dengan Projek Health3. Waktu ni tetiba je rasa macam nak masuk lagi tahun depan. Nak masuk dengan team sendiri, projek sendiri. Hehe, tengoklah kalau rajin.

Lecturer (Mr Ho) nak pujuk kumpulan kami yang kecundang, dia bawa la jalan2 sikit sekitar kuching, pastu belanja makan ais kacang. Dia memang orang situ, cukup cekap bawa kereta. First time masuk directly ke gerai makan orang Cina. Ok kut, suma makanan ok. Alhamdulillah Mr Ho faham suasana sekeliling. Banyak cerita dikongsi. Dari cerita masyarakat Cina, Bumiputera di Sarawak sampailah ke cerita suasana di Kazakhstan. Cukup mesra mereka, siap jemput ke Kazakhstan lagi kalau cuti panjang. Hehe. Nantilah, tunggu dah mampu.

Last sekali sebelum terbang pulang, penganjur ada buat lawatan ke Sarawak Cultural Village. Cukup banyak budaya asli yang ditontonkan. Bagi Yernar dan Akarys, masa tak cukup untuk pusing semua kawasan tu, lubang2 rahsia pun suma dah masuk. Hehe, lain kali datang bumi Sarawak. Kat sini jumpa Kak Safiyah, anak Prof Yusof Hassan. Sempat la bertegur sapa kejap.

Saat dok gembira tu, Allah uji dengan beberapa peristiwa masa pulang. Di Airport LCCT, Yernar tertinggal satu beg. Di dlm ERL, Akarys plak tertinggal satu beg. Apa isi beg tu? Medal, Sijil, Alatan projek. Suma lesap. Pulang ke MMU tanpa kesan Imagine Cup. Sedih. >.<. X pe lah, kalau saya nak sedih, Yernar, Akarys dan Hassan perlu lebih sedih sbb generally projek ni semua mereka yang punya. :D . Saya doakan anda jumpa semula barang-barang tu. Semoga Allah permudahkan.

Semoga Ukhwah kita terus berkekalan merentasi masa dah sempadan negara. :D